Sabtu, 12 Mac 2011

Orang Maju

Salam Sejahtera
Salam Satu Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan

Sejak ledakan teknologi maklumat di akhir abad ke 20. Mesin taip telah lama dibuang ke dalam tong-tong sampah atau dijual sebagai besi buruk.  Ia telah diganti dengan penggunaan komputer. Dari pejabat sehingga ke rumah. Setiap orang sudah mampu memiliki mesin ajaib ini. Dunia komunikasi  juga telah berubah 360 darjah. Mesin fax sudah menjadi peninggalan klasik teknologi lama. Ia digantikan dengan penggunaan talian internet, SMS, MMS, laman web, Blog, Youtube, twitter dan facebook serta lain-lain aplikasi yang menakjubkan.

Dunia tanpa sempadan telah meletakan manusia dalam dunia kecil. Kesempatan itu telah diambil oleh kami di Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) untuk bersama arus ini. Bertekad memperkenalkan jabatan ini kepada dunia luar, peranan dan sumbangan kami kepada kemajuan masyarakat Orang Asli.

Kami menamakan Blog ini sebagai Orang Maju agar sinonim dengan hasrat dan aspirasi negara bahawa JAKOA adalah peneraju dan penggerak kepada kemajuan Orang Asli. Jika dahulu kami sudah berjaya mengubah cara hidup nomad mereka kepada penempatan kekal, daripada buta huruf kepada pandai baca dan tulis, daripada bersekolah rendah kepada belajar di Universiti.  Adakah mustahil untuk kami sebagai pencetus kepada pemilikan aset, ekuiti dan perniagaan berskala besar oleh Orang Asli di negara ini pada masa hadapan, 10 atau 20 tahun lagi.

Komitmen kami sudah lama bermula......sesuai dengan slogan jabatan, JAKOA Teras Kemajuan Orang Asli.